Siap Sedia, Tesla Bakal Integrasikan Pembayaran BTC & DOGE?

380

“Adakah harga BTC dan DOGE dapat naik kalau Tesla bertindak sebegini?”

Sudah diketahui ramai bahawa syarikat kereta Tesla dan platform media sosial Twitter yang dimiliki oleh jutawan Elon Musk adalah kunci untuk mata wang kripto digunakan secara besar-besaran sebagai aset pembayaran arus perdana.

Pada hari Rabu, Tesla telah berkongsi butiran mengenai jumlah Bitcoin (BTC) dipegangnya yang dikekalkan sebanyak $184 juta setelah mendedahkan laporan suku kedua syarikat itu.

Musk pada Julai 2022 pernah berhasrat meningkatkan pegangan BTC pada masa hadapan, bagaimanapun Tesla pada suku keempat 2022 telah mengurangkan aset digital itu daripada $218 juta kepada $184 juta dan sejak itu angkanya tidak berubah.

Namun suka dimaklumkan, Musk telah beberapa kali merancang untuk mempunyai ciri pembayaran BTC di Twitter walaupun sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi berhubung pelancaran tersebut.

Terdapat khabar angin dalam komuniti kripto bahawa Tesla telah menambahkan ciri pembayaran BTC dan Dogecoin (DOGE) pada kod source website mereka, tetapi sebenarnya kata kunci kedua-dua aset digital itu telah wujud sebagai sebahagian daripada kod di sebalik website.

Bagaimanapun, ia secara tidak langsung turut memberi harapan buat para pelabur bahawa kemudahan pembayaran Tesla melalui BTC dan DOGE akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Umum mengetahui Musk sejak dahulu lagi telah menunjukkan sokongan kuatnya terhadap DOGE, oleh itu terdapat kebarangkalian besar beliau akan mengintegrasikan memecoin tersebut termasuk BTC kepada Tesla dan Twitter.

Sehingga berita ini ditulis, harga DOGE melonjak sebanyak 4.00% pada paras $0.07164 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $10 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 1.83% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat