Siap-siap Semua! GBP Hari Ini Bakal Meletop Kebaboom!

2,798

Matawang pound meneruskan peningkatan pada sesi Asia di tengah-tengah jangkaan yang meningkat bahawa kesepakatan dalam rundingan perdagangan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) semakin hampir.

Terbaru, The Sun melaporkan bahawa perjanjian antara UK dan EU dijangka dicapai pada pagi waktu London, di mana Perdana Menteri Boris Johnson akan membuat pengumuman mengenainya dalam sidang media sekitar jam 11 pagi.

Menurut kenyataan daripada seorang pegawai di Brussels, rundingan dikatakan masih melalui proses perincian dan belum ada kesepakatan akhir yang telah disahkan.

Pound sterling telah meraih pengukuhan pada sesi dagangan sebelum ini selepas PM Johnson memberi penjelasan kepada kabinetnya mengenai kemajuan rundingan di Brussels, tetapi sedikit berbolak balik dalam 24 jam terakhir sehubungan dengan waktu pengumuman.

Pada sesi Asia, matawang pound kembali menguat di sekitar paras ketinggian 2 setengah tahun berbanding USD dengan diniagakan pada 1.35400.

Berita utama mengenai Brexit telah membayangi tuntutan Presiden AS Donald Trump untuk perubahan dalam rang undang-undang rangsangan coronavirus, yang secara efektif mengancam penutupan kerajaan minggu depan.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan susut pada 90.20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat