Pada ketika ini, harga Bitcoin telah melonjak naik ke paras $8,900 dan dijangka akan melepasi harga $9,000 pada awal minggu hadapan.
Pasaran matawang crypto juga telah melonjak naik dari $324 billion kepada $385 billion sejak April 16, kenaikan sebanyak $60+ billion dalam masa kurang dari 7 hari.
Antara sebab peningkatan harga bitcoin ialah tindakan pelabur di Korea Selatan. 1/4 daripda dagangan matawang crypto dipelopori oleh Korea Selatan. Kebiasaanya Korea Selatan akan menjual matawang crypto pada harga yang lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Jepun dan China.
Korea Selatan pula bergantung kepada China bagi penawaran matawang crypto. Namun sejak pengharaman platform pertukaran mtawang crypto luar, ia telah membawa kesulitan dalam perhubungan kewangan dan mendatangkan masalah kepada pasaran matawang crypto di negara tersebut. Walaubagaimanapun, hal itu dilihat sementara apabila harga jualan bitcoin sekarang telah kembali normal dan didagangkan pada $8,975.
Selain itu, matawang crypto lain juga telah menunjukkan peningkatan antara 10 hingga 20 peratus.
Dalam masa yang sama, pasaran Bitcoin di Hong Kong dan Singapura juga semakin berkembang. Syarikat-syarikat yang menerbit matawang crypto pra jualan ICO semakin bercambah di Singapura dan Hong Kong sejak beberapa bulan ini. Hal ini adalah berdasarkan kenyataan bisnes fintech, peguam dan pemain industri.
Walaubagaimanapun, menurut Anson Zell, kita tidak dapat katakan bahawa Singapura ini adalah hab untuk ICO, masih banyak pekerjaan untuk dilakukan namun banyak aktiviti telah mula subur sejak bulan September tahun lepas.