Siri Kenaikan Harga Gagal Diteruskan, AUD/USD Mula Nak Buat Penurunan Semula?

721

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD mula kehilangan momentum kenaikan apabila mendatar selepas mencapai paras tertinggi sekitar 0.69830 pada sesi Asia semalam.

Harga kemudian turun sekitar 120 pips sebelum membuat kenaikan semula sekitar 100 pips.

US dolar mula disokong oleh data PMI perkhidmatan US yang mencatatkan peningkatan pada bulan Mei walaupun masih di bawah paras 50 mata.

Sementara, data ADP NFP yang mengukur pekerjaan sektor swasta menunjukkan penurunan yang lebih rendah berbanding jangkaan. Laporan pekerjaan NFP pada Jumaat akan menjadi tumpuan seterusnya.

Pada sesi Asia pagi ini, data jualan runcit Australia untuk bulan April dilihat mencatatkan bacaan yang rendah ekoran penutupan premis-premis perniagaan ketika krisis pandemik Covid-19.

Ini telah mendorong penurunan harga yang dipamerkan pada carta AUD/USD pada sesi Asia pagi ini.

Harga yang menguji paras 0.69300 membuat penurunan di bawah paras 0.69000 namun dilihat sukar untuk meneruskan penurunan lebih rendah sehingga dagangan bersambung pada sesi Eropah.

Jika harga kembali menyambung kenaikan semula, zon resistance pada 0.70000 dilihat akan menjadi tumpuan selepas harga melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Rabu.

Zon resistance tersebut merupakan paras ketinggian yang diuji harga pada awal Januari dan juga penghujung Disember 2019.

Namun jika harga membuat penurunan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD, harga dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 0.68000.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS 0.66800 yang merupakan paras halangan pada minggu lalu namun telah berjaya ditembusi harga pada awal dagangan minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat