Situasi EUR/USD Makin Getir Menantikan Jawapan CPI!

352

Pada sesi New York semalam, data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan untuk bulan September adalah lebih baik berbanding ramalan yang rendah.

US dolar sedikit mengukuh selepas papar pergerakan lemah untuk beberapa sesi berikutnya.

Namun, raja mata wang itu kembali melemah semula setelah tumpuan mula beralih kepada laporan minit mesyuarat FOMC.

Majoriti ahli mesyuarat mahu mengekalkan dasar yang ketat dan dijangka bakal ada kenaikan kadar faedah lagi pada baki mesyuarat penghujung 2023 ini.

Data inflasi pengguna (CPI) AS pula akan menjadi tumpuan penting pada malam ini yang akan menentukan keputusan hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed) selepas ini.

Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, kenaikan ke paras ketinggian terbaru mencapai 1.06350 mengatasi hari sebelumnya.

Penurunan yang berlaku pula dilihat kekal menguji zon penting sebagai support semasa iaitu pada 1.06000.

Turut dilihat garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut juga diuji dan masih berjaya menghalang harga dari susut lebih rendah.

Jika harga masih menyambung lagi kenaikan hari ini, pendakian harga akan mensasarkan ke paras 1.07000 untuk terus catatkan paras ketinggian terbaru.

Namun, arah pergerakan harga akan dipengaruhi oleh bacaan data CPI AS yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini.

Pelabur perlu bersedia jika harga mula berubah arah membuat penurunan semalam daripada corak menaik sebelum ini.

Jatuh di bawah paras 1.06000 dan sokongan MA50 akan mendorong harga papar penurunan menuju sasaran pada 1.05000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat