Situasi Pasaran Kurang Meyakinkan, Harga Emas Dalam Risiko Merosot!

519

Emas didagangkan dalam julat agak sempit sepanjang awal pembukaan sesi Asia pada pagi tadi dan meneruskan kejatuhannya sejak Jumaat lepas dengan mencecah paras terendah $2,015 semalam.

Harga emas kini berada pada sekitar paras $2,025.30 iaitu naik sebanyak 0.01% sahaja pada pembukaan. Ia disebabkan pasaran lebih berhati-hati untuk meletakkan kedudukan selepas anjakan mendadak minggu lepas yang menjunam terus dari paras tertinggi iaitu $2,065.

Dolar AS ini bergerak lebih kukuh menghampiri paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan sambil disokong oleh jangkaan Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar faedahnya. Ia juga didorong oleh data pekerjaan AS yang optimistik pada hujung minggu lepas.

Selain itu, Institut Pengurusan Bekalan (ISM) melaporkan semalam bahawa PMI Bukan Pembuatannya meningkat kepada 53.4 pada Januari berbanding 50.5 sebelumnya.

Pasaran kini akan memberi fokus yang tinggi berdasarkan ucapan ahli FOMC yang hawkish serta menarik para pelabur untuk mengurangkan jangkaan mereka dalam pelonggaran dasar yang lebih agresif oleh Fed pada 2024.

Menerusi kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell berkata bahawa bank pusat perlu menunggu sebelum memutuskan masa yang sesuai untuk mengurangkan kadar faedahnya.

Semalam, Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari berkata bahawa pegawai Fed memerlukan lebih banyak masa untuk melihat data masuk sebelum berlakunya pelonggaran dasar monetari.

Presiden Fed Chicago, Austan Goolsbee pula berkata beliau melihat lebih banyak data inflasi yang dapat membantu menyokong hasil bon Perbendaharaan AS untuk lebih tinggi. Ini akan terus memberi kejatuhan buat harga emas buat masa terdekat.

Sementara itu, usaha Fed dalam mencapai sasaran inflasi 2% akan kekal memanjangkan jangkaan pasaran berkenaan pemotongan kadar faedah. Ia bersama-sama dengan risiko peningkatan ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan masalah ekonomi China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat