Situasi USD Lebih Buruk Sebab Kejutan Oleh Fed Waller!

1,049

Tiada perubahan pada situasi pasaran semasa apabila para pelabur kekal menyaksikan kejatuhan berterusan nilai mata wang US dolar, malah lebih buruk pada dagangan Selasa semalam.

Jika diperhatikan pada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam, bacaan keyakinan pengguna untuk bulan Oktober adalah positif meningkat.

Namun, mengapa US dolar ketara melemah?

Ini adalah disebabkan kenyataan oleh salah seorang ahli FOMC yang menjadi tumpuan semalam iaitu gabenor Federal Reserve (Fed) dari cawangan St. Louis, Christopher Waller yang menambahkan petunjuk lebih jelas terhadap dasar monetari bank pusat.

Waller dikenali sebagai seorang yang ‘hawkish’ dalam penetapan dasar, namun dalam kenyataan terbaru semalam, beliau melihat kemungkinan untuk langkah pemotongan kadar untuk beberapa bulan yang akan datang.

Menurut pandangannya, inflasi di AS semakin berterusan menurun dan tiada lagi sebab untuk mengekalkan kadar faedah tinggi yang memberi tekanan kepada ekonomi.

Ini menambahkan lagi kecenderungan jangkaan untuk Fed semakin hampir beralih daripada tindakan pengetatan dasar sebelum ini kepada yang lebih longgar – situasi ini akan beri kesan penyusutan US dolar.

Berdasarkan alat CME FedWatch, peratusan jangkaan pasaran untuk Fed memulakan pelonggaran dasar seawal Mac meningkat dari 22% kepada 40%.

Indeks dolar (DXY) dilihat semakin susut mencecah sekitar 102.60 mata manakala hasil perbendaharaan 10-tahun AS terperosok lebih rendah hingga ke paras 4.32% setakat pagi ini.

Tumpuan akan terarah kepada data pertumbuhan ekonomi suku ketiga AS di sesi New York untuk pasaran menilai bacaan kedua yang diterbitkan dan bakal mempengaruhi pergerakan US dolar selanjutnya.

Perkembangan pasaran komoditi, kedua-dua harga minyak mentah WTI dan Brent dilihat pulih meningkat sejak semalam namun pelabur masih berwaspada menjelang mesyuarat OPEC pada Khamis.

Sementara, dagangan emas terus memberi kejutan yang mengujakan buat para pelabur apabila nilainya melonjak kukuh semalam mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak Mei.

Harga emas teruskan peningkatan sehingga ke paras $2,050 di awal sesi Asia pagi ini didorong oleh faktor penyusutan berterusan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat