SMS Termahal Dunia Bernilai RM508,071, Dilelong Sebagai NFT!

1,759

Wow, mudahnya jana wang melalui NFT ni. 

Perkhidmatan permesejan ringkas (SMS) pertama yang dihantar melalui telefon bimbit pada tahun 1992 telah dijual sebagai non-fungible token (NFT) dengan lelongan pada harga 107,000 Euro atau RM508,071 di Perancis.

Pembeli yang identitinya tidak didedahkan merupakan seorang warga Kanada dari sektor teknologi telah diberi replika digital unik SMS tersebut dalam bentuk NFT.

Antara yang berada semasa sesi lelongan tersebut merupakan usahawan blockchain berusia 18 tahun, Luigi Caradonna yang menyerah kalah pada bidaan 75,000 Euro.

SMS pertama tersebut merupakan mesej 15 huruf, Merry Christmas yang dihantar kepada pekerja Vodafone, Richard Jarvis.

Pihak Vodafone menyatakan rancangan untuk mendermakan hasil tersebut kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

NFT menjadi sangat popular bagi pengumpul sehingga karya seni ada yang terjual pada harga hampir US$70 juta atau RM294.3 juta pada sesi lelongan awal tahun ini.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat