SOLANA Laju Tembus $26, Harga Sasar Paras Berikut Pula!

492

“Mesti pelabur SOL gembira kan, ye la harganya berterusan naik kot.”

Pesaing Ethereum (ETH) Layer-1, Solana (SOL) pada masa ini menyaksikan pendakian agak ketara apabila harga mata wang kripto tersebut akhirnya berjaya menembusi $26 daripada $23 pada 19 Oktober semalam.

Menerusi pemerhatian, SOL mampu untuk menaik lagi susulan masih terdapat sentimen kenaikan harga yang kukuh, kemudian kecenderungannya ke arah nilai lebih tinggi telah menyebabkan momentum semakin meningkat.

Jika tekanan belian terus meningkat, terdapat potensi untuk harga SOL mencanak sebanyak 20% dan meneruskan lonjakannya sehingga $30 ataupun mencapai semula paras tertingginya pada 12 Julai 2023 iaitu $32.

Kebanyakan altcoin kini telah menyaksikan kenaikan ketara susulan daripada reaksi positif oleh SOL ditambah pula baru-baru ini Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) memutuskan untuk menggugurkan semua pertuduhan terhadap eksekutif Ripple.

Menurut Pengerusi Eksekutif Chris Larsen, pasukannya sejak awal lagi telah bersedia melindungi dirinya daripada tindakan SEC yang sering kali ingin memanipulasi peraturan untuk menyekat pasaran kripto di Amerika Syarikat (AS).

Rentetan itu, kes antara Ripple dan SEC bukan sahaja memberikan harapan lebih besar pada seluruh projek kripto malah mampu mendorong SEC menyediakan lebih banyakan kejelasan peraturan mengenai kripto.

Sehingga berita ini ditulis, harga SOL melonjak sebanyak 13.07% pada paras $26.95 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $11 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 26.15% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat