Solana Menyokong Bitcoin (BTC), Dogecoin (DOGE) Melalui Integrasi Bersama RenVM

285

Ren mengumumkan integrasi RenVM dengan blockchain Solana yang kini sudah bersiaran.

RenVM menyerupai blockchain. Sesiapa sahaja boleh menjalankan nod dan menyertai dalam menguasai virtual machine (VM).

Integrasi bersama Solana menunjukkan Ren selesa dengan ciri unik yang dibawa rangkaian itu ke ruang Layer-1, termasuk ekosistem dan komuniti yang sedang berkembang.

Malah, Solana terkenal dengan penawaran fungsi DeFi yang serupa dengan Ethereum. Cuma yang membezakan dua rangkaian ini ialah Solana memproses transaksi dalam kadar yang jauh lebih tinggi dan pantas berbanding Ethereum.

Melalui integrasi ini, lebih banyak aset akan ditarik ke Solana. Ini bermakna pengguna berpeluang untuk menghasilkan aset versi token (tokenized versions of the asset) melalui integrasi tersebut.

Mungkin sukar difahami tetapi secara mudahnya, anda mengunci aset pilihan, contoh: Bitcoin (BTC) melalui beberapa mekanisme, hasilkan token di rangkaian lain dan gunakan BTC sebagai token di rangkaian tersebut.

Buat masa sekarang, RenVM menyokong empat aset: BTC, Bitcoin Cash (BCH), Zcash (ZEC) dan Dogecoin (DOGE). Keempat-empat ini sebaik sahaja ditokenkan, ia boleh digunakan di Solana.

Dijangka aset seterusnya DigiByte (DGB), Terra (LUNA) dan Filecoin (FIL).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat