Solana Meroket Tinggi, Harga Boleh Ke $600?

707

“Siapa yang beli masa daripada bawah tu mesti dah untung banyak kan sekarang?”

Penganalisis pasaran bebas Hansolar berpandangan Solana (SOL) kelihatan bersedia meneruskan pendakian lebih tinggi di mana harganya berpotensi meniru arah aliran Ethereum (ETH) semasa kenaikan disaksikan pasaran kripto sebelum ini.

Menerusi pemerhatian, aliran menaik ETH raih 1,400% selepas Bitcoin (BTC) cipta rekod tertinggi baharu melebihi $20,000, jadi di sini dapat dilihat BTC dapat beri manfaat pada SOL susulan peristiwa itu boleh berulang pada tahun 2024 apabila BTC meneruskan bull run bagi memecahkan $69,000.

Menurut Tom Lee, Ketua Penyelidikan Fundstrat meramalkan harga BTC akan menggunung sehingga $150,000 disebabkan kelulusan ETF yang kemudian boleh mendorong SOL mencecah $600 sebagai sasaran kenaikan jangka panjangnya iaitu peningkatan 450%.

Suka dimaklumkan SOL telah menunjukkan prestasi baik dari segi penggunaan rangkaian baru-baru ini dengan jumlah nilai terkunci (TVL) merentas ekosistemnya pada 20.51 juta SOL yang merupakan tahap tertinggi sejak Januari 2023.

Ini membawa makna bekalan edaran SOL mungkin berkurangan apabila lebih banyak aset digitalnya dikunci ke platform DeFi yang seterusnya membawa pada potensi peningkatan permintaan berbanding bekalan kemudian menyumbang pada kenaikan harga token dikunci.

Selain itu, purata pembayaran yuran harian rangkaian SOL pada suku keempat 2023 telah melonjak 103% dan dalam masa sama, purata volum DEX hariannya naik 961% dengan pendakian 359% dalam purata volum non-fungible token (NFT).

Menerusi pemerhatian, SOL mampu mencapai $200 pada Mac 2024 iaitu peningkatan 75% daripada paras harga semasa, tetapi jika gagal maka harga boleh merudum semula ke arah $60.75 atau lebih bawah lagi.

Sehingga berita ini ditulis, harga SOL melonjak sebanyak 19.06% pada paras $131 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $58 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 24.61% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat