Solana (SOL) Bangkit Semula Selepas Lama Menderita!

124

“Adakah ini permulaan kejayaan untuk SOL ataupun hanya kegembiraan sementara sahaja?”

Mata wang kripto Solana (SOL) akhirnya menyaksikan lonjakan harga menembusi paras $11 selepas modal pasarannya susut melebihi $1 bilion dalam tempoh tujuh hari terakhir sebelum menjelang tahun 2023.

Melalui pemerhatian, SOL yang berjaya menggunung sebanyak 12% telah menjadi penyebab jumlah nilainya kembali pulih pada $4 bilion dan modal pasaran aset digital tersebut pula pada $500 bilion.

Kejadian mengejutkan itu dilaporkan telah berlaku semasa pengasas Ethereum (ETH), Vitalik Buterin mendedahkan bahawa masa depan SOL bakal menemui kejayaan berikutan terdapat komuniti pembangun aset digital tersebut yang akan kembangkan semula ekosistemnya.

Buterin turut menjangkakan komuniti SOL akan memperoleh pelbagai manfaat apabila pembaharuan itu dilaksanakan, ulas beliau di akaun Twitter miliknya.

Susulan memecoin baharu pada rangkaian SOL yang digelar BONK telah menyaksikan perkembangan besar sejak kebelakangan ini, kebanyakan pelabur sudah mula percaya bahawa aset digital itu mampu meningkat lagi pada masa hadapan.

Suka dimaklumkan bahawa BONK mencanak sekitar 135% sementara volum dagangannya telah melepasi mata wang kripto lain.

Menurut Austin Federa, Ketua Strategi dan Komunikasi Yayasan SOL akan memberi sokongan penuh terhadap projek kripto bertema anjing itu yang mampu wujudkan kaedah pembayaran berdaya saing di pasaran berbeza.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat