Solana (SOL) Hilang Arah Tuju. Apa Dah Berlaku?

925

Pasaran kripto masih lagi dalam fasa bearish dan Solana (SOL) tidak ketinggalan turut menanggung tempiasnya, lagi-lagi faktor ekosistemnya mengeruhkan keadaan.

Sejak daripada minggu lalu, SOL dilihat mempamerkan prestasi yang kurang memuaskan, berada di zon bawah $60.

Ketika penulisan artikel ini, SOL didagangkan pada $51.20 dengan penyusutan lebih 25% dari paras $68.64 pada 11 Mei dan susut 0.59% dalam 24 jam.

Pada masa yang sama, SOL juga kehilangan sinarnya dengan penurunan harga sebanyak 80% dari nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $260 yang direkodkan pada 6 November.

Apa sebenarnya yang telah berlaku?

  • Solana acapkali berdepan dengan gangguan rangkaian; insiden terbaru telah berlaku pada 30 April dan ia menelan tempoh masa selama 7 jam.
  • Difahamkan gangguan itu berpunca daripada bot yang menghasilkan lambakan transaksi di platform NFT di Solana, Metaplex.
  • Selain itu, jumlah nilai terkunci (TVL) Solana mencatatkan penyusutan mendadak sejak 9 November.
  • Pada ketika itu, TVL yang direkodkan adalah ATH – $15 bilion. Tetapi pada hari ini ia cuma bernilai $4.24 bilion, membuktikan Solana telah kehilangan hampir $11 bilion TVL.
  • Berdasarkan pemerhatian, jumlah pengguna yang berinteraksi dengan 10 aplikasi teratas Solana telah menurun kecuali (#10) Gameta – interaksi pengguna meningkat hampir 64% dalam 24 jam; buruk untuk (#5) OpenSea kerana penggunaannya menurun sehingga 35%.
  • Kepentingan terbuka niaga hadapan Solana juga susut 22% sejak bulan lalu ke paras semasa $554 juta.

Buat masa sekarang, Solana Labs sedang berusaha untuk memulihkan prestasi rangkaian ini tetapi pelabur diminta untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana status Solana masih dalam tekanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat