Solana Tembus Semula $140, Harga Boleh ‘Fly’ Tinggi Lagi?

603

“SOL memang nampak macam berpotensi, ada ke siapa-siapa kat sini ada beli masa harga murah?”

Sejurus selepas pullback pada $103, harga mata wang kripto Solana (SOL) sekali lagi menggunung sehingga $140 biarpun rangkaiannya menghadapi isu kesesakan di tengah-tengah aktiviti perdagangan yang tinggi.

Menerusi pemerhatian dari 3 Mac hingga 6 Mac 2024 pada rangkaian SOL, volum dagangannya berjaya melepasi $2 bilion selama empat hari berturut-turut sementara jumlah dagangannya pula memecahkan rekod $2.85 bilion.

Memang tidak dinafikan kenaikan aktiviti perdagangan telah menyebabkan transaksi dalam rantaian meningkat yang mampu menyumbang pada kesesakan itu, tetapi aktiviti dipertingkatkan turut menekankan minat dan penglibatan yang makin canak dalam ekosistem SOL.

Susulan daripada itu, bursa kripto Binance juga mengumumkan keputusannya bagi menangguhkan pengeluaran SOL buat sementara waktu pada Rabu semalam.

Meneliti carta SOL, harganya telah mempamerkan aliran menaik kuat dicirikan oleh higher lows dan higher highs yang konsisten, jadi di sini dapat dilihat terdapat minat belian secara berterusan oleh pelabur.

Umum mengetahui zon sokongan SOL berada antara $115 serta $104 dan perlu diketahui pergerakan harganya yang menaik baru-baru ini telah didorong oleh volum dagangan ketara yang menunjukkan penyertaan pasaran aktif termasuk mengukuhkan pandangan positif.

Disebabkan skalabiliti dan keberkesanan kos SOL menjadikannya pilihan yang menarik untuk pembangun dan pelabur, ia boleh menyumbang pada kenaikan lebih tinggi harga SOL selanjutnya dalam masa terdekat ini.

Setakat penulisan ini, harga SOL melonjak sebanyak 6.00% pada paras $139 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $61 bilion kemudian merekodkan pendakian 13.26% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat