SpaceX Terima Dogecoin Sebagai Pembayaran Untuk Lancar Misi “DOGE-1 To The Moon”

2,299

Syarikat milik Elon Musk, SpaceX akan melancarkan ‘Misi ke Bulan DOGE-1’ pada suku pertama 2022, dengan syarikat itu menerima Dogecoin sebagai pembayaran penuh untuk muatan misi ke bulannya.

Geometric Energy Corporation mengumumkan mengenai misi berkenaan semalam manakala pasukan komunikasi SpaceX mengesahkan berhubung perkara itu menerusi emel kepada para wartawan.

Bagaimanapun, nilai kewangan misi itu tidak didedahkan.

DOGE-1 akan menerbangkan satelit kiub seberat 40 kilogram sebagai muatan pada roket Falcon 9.

Menurut Geometric Energy Corporation, muatannya itu akan memperoleh kecerdasan spasial bulan daripada sensor dan kamera di dalam pesawat dengan sistem komunikasi dan komputer bersepadu.

Sementara itu, ujar Naib Presiden Penjualan Komersial SpaceX, Tom Ochinero, DOGE-1 akan menunjukkan penggunaan wang kripto melangkaui orbit Bumi dan menetapkan asas untuk urusan perdagangan antara planet.

“Kami teruja untuk melancarkan DOGE-1 ke Bulan,” kata Ochinero.

Sebelum ini, Musk mengumumkan mengenai pelan syarikatnya itu menerusi Twitter pada 1 April lalu.

Pengumuman misi DOGE-1 dibuat selepas Musk yang digelar sebagai Dogefather, melakukan penampilan buat kali pertama sebagai pengacara dalam rancangan Saturday Night Live.

Harga dogecoin susut ketika penampilannya itu, menurun di bawah AS$0.50.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat