Spekulasi Tercetus, Qatar Beli Sejumlah Bitcoin?

1,047

“Adakah sebab Qatar harga BTC naik tinggi?”

Anthony Scaramucci, pengasas Skybridge Capital yang berpandangan Qatar bertindak menambah mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada rizabnya telah menyebabkan spekulasi semakin tersebar semasa harganya menembusi $65,000.

Spekulasi bermula pada September 2023 apabila Emir Qatar, Tamim Bin Hamad membuat lawatan penting ke El Salvador untuk berjumpa Nayib Bukele yang merupakan presiden di negara itu.

Lawatan itu yang kononnya untuk membincangkan penggunaan BTC antara saluran pelaburan lain telah mencetuskan khabar angin awal, tetapi tampaknya gagal menghasilkan sebarang pengesahan rasmi tentang penglibatan Qatar dalam BTC.

Sementara penyokong BTC terkemuka dan rakan sekutu Bukele bernama Max Keiser yang sangat lantang mengenai spekulasi itu telah menyebabkan Scaramucci berkata Qatar mungkin menambahkan BTC pada kunci kira-kiranya dan ini berjaya menimbulkan keterujaan tinggi dalam komuniti BTC.

Jika khabar angin yang mengatakan Bank Pusat Qatar mengguna pakai BTC melalui penggunaan 5% daripada aset dipegangnya $80 bilion adalah benar, ia mampu mendorong harganya lonjak sehingga $100,000, ulas penganalisis Thomas Fahrer.

Sungguhpun Edward Snowden tidak menamakan mana-mana negara, ramalan samarnya empat hari lalu yang membayangkan pemerolehan BTC rahsia oleh kerajaan negara telah menyemarakkan lagi khabar angin itu.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini juga, perhatian komuniti kripto tertarik dengan address wallet BTC digelar “Mr100” susulan ia kerap membuat sejumlah besar pembelian BTC kira-kira 100 BTC sejak November 2022.

Wallet itu kini memegang 51,164 BTC bernilai $3.32 bilion dan perlu diketahui terdapat penggunaan Binance serta KuCoin untuk urus niaganya, jadi banyak pihak telah membayangkan entiti di luar Amerika Syarikat (AS) sehingga mencetuskan spekulasi Qatar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat