Spot ETH ETF S-1 Bakal Diluluskan Musim Panas Ini! – SEC Gary Gensler

268

“Biar betul? Pelabur kadang-kadang tak percaya sangat dengan kata-kata Gensler ini.”

Gary Gensler, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) menjangkakan spot Ethereum (ETH) ETF S-1 bakal diluluskan sepanjang musim panas sejurus selepas banyak pihak berspekulasi berhubung jangka masanya bagi memulakan dagangan.

Semasa berada pada Perbicaraan Jawatankuasa Peruntukan Senat, Gensler berkata bahawa SEC telah menangani pelbagai isu berkaitan peranan agensi tersebut yang sejak kebelakangan ini semakin dipersoalkan.

Susulan ramai yang menanyakan tentang bila ETH ETF akan disenaraikan sejak kelulusan pemfailan spot 19b-4 pada 23 Mei 2024, Gensler menegaskan tempoh masa bagi penyenaraian akhirnya bergantung pada penerbit dan bukannya SEC.

Sebelum ini, Gensler yang menyatakan kelulusan mungkin mengambil sedikit masa telah menyebabkan penganalisis seperti Eric Balchunas mengunjurkan ia berlaku pada minggu pertama Julai 2024 dan ini berjaya menarik perhatian pelabur institusi ke pasaran kripto.

Sungguhpun melihat pembetulan harga baru-baru ini, masa depan ETH memang berpotensi mengalami pendakian ketara sejurus selepas kelulusan pemfailan 19b-4 berlaku.

Berbalik pada perbicaraan tadi, Gensler mengulas mengenai masalah kewangan decentralized yang ditimbulkan pada undang-undang anti-pengubahan wang haram (AML) dengan menyebut kemungkinan risiko kewangan haram.

Senator Amerika Syarikat (AS) Bill Hagerty menasihatkan SEC untuk memberi tumpuan pada kejelasan peraturan sementara Gensler pula menyatakan melanggar undang-undang atau tidak menyukai perkara sama adalah berbeza daripada kekurangan kejelasan peraturan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat