‘Squid Game’ Cetus Fenomena, Turut Gegarkan Pasaran Saham

1,931

Semakin meraih populariti, rancangan siri TV Korea Selatan yang terbaru iaitu Squid Game telah mencetus fenomena dan menarik tarikan para penonton di seluruh dunia.

Di bawah arahan pengarah Hwang Dong Hyuk, rancangan tersebut telah mula disiarkan pada 17 September lalu dan menjadi rancangan siri Korea Selatan pertama menduduki tangga teratas pada carta di platform penyiaran global, Netflix.

Dibintangi oleh barisan pelakon bintang Lee Jung Jae, Park Hae Soo dan Wi Ha Jun, Squid Game membawa konsep jemputan permainan realiti misteri kepada 456 peserta terpilih untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai 45.6 bilion Won anggaran sekitar RM161 juta.

Namun, peserta yang kalah dan kecundang bakal tamat riwayat hidupnya!

Populariti global yang diraih Squid Game telah melonjakkan sekurang-kurangnya dua saham media Korea Selatan mencapai paras tertinggi terbaru. Salah satunya Bucket Studio Co, yang memiliki pegangan saham 15% Artist Company, iaitu agensi bagi pelakon utamanya Lee Jung Jae.

Media The Korea Herald melaporkan Bucket Studio Co telah menggandakan permodalan pasarannya kepada 200 bilion Won.

Selain itu, syarikat produksi filem Showbox turut melihat lonjakan sahamnya sehingga 50% pada September seperti yang dilaporkan Bloomberg.

Saham syarikat media produksi Korea Selatan dijangka akan paparkan prestasi yang lebih menarik pada tahun berikutnya dengan jangkaan permintaan yang kian meningkat.

Squid Game dilihat sebagai contoh terbaik rancangan siri TV yang berkualiti tinggi dan mampu menyaingi produksi Hollywood.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat