Susulan daripada pengumuman daripada Tron DAO berkaitan projek stablecoin, USDD pada malam tadi, harga seunit TRX telah melonjak 16.34% dari paras $0.0645 ke paras tertinggi harian, $0.075.
Seperti yang dimaklumkan sendiri oleh pengasas Tron, Justin Sun, USDD akan dilancarkan pada 5 Mei 2022.
Tidak seperti kebanyakkan stablecoin: Tether atau USDC, USDD memiliki ciri yang sama seperti Terra USD (UST) dan Frax Finance (FRAX) – stablecoin algoritma.
Sun menyifatkan USDD sebagai stablecoin paling desentralisasi dalam sejarah kripto dan sudah tentu ia tidak dimiliki oleh mana-mana entiti berpusat.
Inilah satu evolusi yang telah berubah dari era Omni-USDT 1.0 kepada stablecoin algoritma desentralisasi.
Seperkara yang turut memainkan peranan dalam lonjakan harga TRX dapat dikaitkan dengan pelancaran platform pasaran non-fungible token (NFT) di Tron, dikenali sebagai APENFT pada 15 April.
Bagaimanapun, ketika penulisan harga TRX telah susut lebih 8% dari paras tertinggi harian semalam kepada $0.069.
Tetapi ia masih mengekalkan lonjakan lebih 9% dalam 24 jam dan memerlukan lonjakan sekurang-kurangnya 77% untuk menebus kembali rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.30 pada 5 Januari 2018.