Starbucks & Koleksi Digital Aku Bekerjasama Takluk Dunia NFT!

137

“Starbucks ni aktif betul lancarkan NFT, syarikat kopi lain bila lagi?”

Demi mengeluarkan koleksi digital Stamp seterusnya di saluran Discord khusus mereka, program loyalty* Web3 Starbucks Odyssey akhirnya berjaya memeterai perjanjian bersama koleksi non-fungible token (NFT) Aku.

*Pelanggan boleh memperoleh dan mengurus ganjaran daripada jenama menggunakan wallet digital mereka dan blockchain decentralized

Koleksi Aku yang dicipta oleh bekas pemain Besbol Liga Utama Micah Johnson adalah bertujuan untuk membenarkan anak-anak muda berimpian besar.

Suka dimaklumkan bahawa koleksi NFT tersebut telah dibeli oleh beberapa selebriti seperti Trevor Noah, Pusha Y, Tyra Banks dan banyak lagi.

Jadi di sini dapat dilaporkan bahawa Starbucks bakal melancarkan Journey baharu dipanggil “Aku Adventure” pada 17 Julai 2023, di mana ia akan membolehkan ahli Odyssey memulakan misi bersama Aku yang paling dinanti-nantikan ramai orang.

Menerusi siaran Discord, Stamp baharu tersebut yang direka bentuk oleh Aku dan Journey akan tersedia kepada ahli Odyssey sehingga 13 Ogos 2023.

Sementara Starbucks turut mengumumkan akan menderma sebanyak $100,000 kepada Blessings in a Backpack, iaitu sebuah syarikat bukan untung yang menangani ketidakamanan makanan di kalangan kanak-kanak.

Starbucks yang melancarkan NFT edisi terhad kepada ahli program loyalty Odyssey selama beberapa bulan telah mengeluarkan “The Siren Collection” pada Mac 2023 dengan menawarkan 2,000 unit Stamp pada harga $100 setiap satu.

Susulan permintaan koleksi NFT itu sangat tinggi sehingga menyebabkan beberapa pengumpul mengadu tentang masa menunggu yang perlahan dan gangguan teknikal, pasukannya telah melancarkan “The Starbucks First Store Collection” pada bulan April 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat