Statistik Pandemik Di UK Terhadkan Momentum Kenaikan Pada Carta GBP/USD

691

Matawang Pound Sterling dijangka didagangkan berisiko ekoran statistik pandemik di UK di tahap membimbangkan. Sejak 9 hari lepas, kes kematian akibat jangkitan COVID-19 di UK merekodkan peningkatan yang terpantas berbanding negara Eropah lain dengan jumlah korban telah mencapai angka 21,000.

Namun jika diperhatikan pergerakan harga, Pound masih lagi berjaya bergerak kukuh berbanding US dolar pada carta GBP/USD. Ini adalah berikutan US dolar bergerak lemah menjelang data-data ekonomi penting Amerika Syarikat beserta mesyuarat FOMC.

Rundingan Brexit yang masih lagi goyah juga menjadi faktor menyumbang kepada kebimbangan pelabur untuk matawang Britain tersebut.

Dengan penyusutan US dolar, harga pada carta GBP/USD berjaya pamerkan lonjakan pada dagangan semalam sekitar 110 pips menguji paras resistance 1.2500.

Namun harga kembali membuat penurunan semula pada sesi New York semalam ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50) sehingga penghujung sesi.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga kembali membuat kenaikan semula namun momentum kenaikan perlahan memasuki dagangan pada awal sesi Eropah.

Harga dilihat akan menguji sekali lagi paras resistance pada ketinggian 1.2500 semalam sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Paras ketinggian pada 1.2640 dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga pada kenaikan seterusnya.

Namun jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, paras RBS (resistance become support) pada 1.24100 akan diuji.

Jika harga berjaya melepasi zon RBS tersebut, penurunan seterusnya akan menuju zon support sekitar 1.2250 yang diuji pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat