Sterling Matawang Paling Kuat Disokong Sentimen Positif Brexit

50

Matawang GBP adalah matawang utama paling kuat pada Rabu yang mengukuh berbanding semua matawang utama yang lain. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, matawang GBP melonjak disebabkan laporan rundingan Brexit yang semakin positif.

Kerajaan UK telah membuat tawaran untuk membayar EU lebih daripada tawaran sebelum ini sebagai sebahagian daripada pembayaran perpisahan (divorce bill).

Rundingan sebelum ini menemui jalan buntu dengan aspek utama rundingan iaitu pembayaran kepada EU dan status sempadan Ireland yang tidak menemui titik persamaan antara kedua-dua pihak. Dengan perkembangan terbaru ini, ia dilihat berjaya merungkai sebahagian besar kecelaruan sebelum ini.

Laporan mengatakan bahawa kerajaan UK menawarkan jumlah £50 billion untuk meneruskan rundingan perdagangan di masa hadapan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Dengan perkembangan ini, ia telah mengubah sedikit sebanyak jangkaan pasaran terhadap prospek ekonomi UK di masa hadapan. UK berpotensi untuk mendapat perjanjian perdagangan sekaligus terus mengakses pasaran tunggal EU walaupun UK telah meninggalkan blok tersebut.

Sejak mencapai paras terendah pada Selasa, pasangan matawang GBP/USD kini telah merekod kenaikan sehingga 200 pip setakat pukul 8.52 malam pada Rabu.

Laporan Bank of England (BoE) menunjukkan setiap bank besar di UK lulus ‘ujian stress’ kecuali Barclays dan RBS buat pertama kali sejak krisis kewangan dunia. Ini menggambarkan institusi perbankan UK dilihat mampu berhadapan dengan ketidaktentuan Brexit sejak tahun lepas.

Namun, Gabenor Carney mengulangi kebimbangan jika UK tidak mendapat perjanjian. Beliau memberi amaran senario seperti itu adalah sangat menyakitkan bagi ekonomi UK.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat