UK-EU Semakin Hampir Dengan Perjanjian Pembayaran Brexit

84

Britain dilaporkan telah membuat tawaran pembayaran (divorce bill) kepada Kesatuan Eropah (EU) yang membawa kedua-dua pihak semakin hampir kepada perjanjian, kata sumber EU pada Selasa. Untuk pengetahuan anda, pembayaran Brexit adalah halangan utama untuk Britain mendapatkan perjanjian perdagangan bersama EU sejak permulaan awal rundingan Brexit.

Tawaran pembayaran itu adalah di sekitar 50 billion euro yang diminta oleh EU untuk UK meninggalkan blok tersebut.

Pegawai EU yang rapat dengan rundingan ini berkata usaha masih berjalan menjelang pertemuan Theresa May dengan Presiden Suruhanjaya Eropah Juncker dan ketua perunding EU Michel Barnier pada 4 Disember. Pegawai ini juga mengatakan kedua pihak semakin hampir dengan perjanjian pembayaran.

Barnier berkata beliau berharap dapat melaporkan kepada EU beberapa hari akan datang tentang perjanjian dengan Britain tentang terma pembayaran wang ini.

Barnier berkata dalam konferens di Berlin tanpa memberikan maklumat lanjut walaupun Britain telah menawarkan pembayaran perpisahan dengan EU. Beliau berkata rundingan masih berjalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat