Stok Amerika Bertambah Minggu Lalu, Harga Minyak Mentah Global Jatuh

41

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di AS melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 1.6 juta tong pada minggu berakhir 31 Mac berbanding penambahan 0.9 juta tong yang dicatatkan sebelum itu.

Jangkaan kepada data kali ini ialah pengurangan 0.1 juta tong.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) pula merekodkan pengurangan stok sebanyak 1.83 juta pada minggu berakhir 31 Mac berbanding penambahan 1.91 juta yang direkodkan pada minggu sebelum itu.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) jatuh dari paras tertinggi sebulan lepas $52.16 setong kepada $51.49 setong sebentar tadi. Manakala minyak Brent (Brent-oil) jatuh dari $55.13 setong kepada $54.57 ketika ini.

Harga minyak mentah global mengekalkan pengukuhan pada Rabu yang terus disokong oleh permintaan pada Selasa. Harga sejak semalam terus disokong oleh harapan kepada pengukuhan permintaan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat