Stok Minyak EIA di US Menyusut, Positif Kepada Pasaran Minyak Mentah Global

50

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang menyusut sebanyak 7.1 juta tong pada minggu berakhir 30 Disember berbanding 0.6 juta peningkatan pada minggu sebelum itu.

Jumlah inventori berada 6.2% melebihi stok tahun lalu di paras 479 juta berbanding 486.1 juta tong yang dicatatkan minggu lepas.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Manakala dalam data American Petroleum Institution (API) yang dikeluarkan sebelum ini turut mencatatkan pengurangan 7.40 juta tong pada Selasa.

Secara kasarnya, laporan data dari EIA semalam menyumbang kepada sentimen yang lebih positif dalam pasaran minyak global, walaupun masih terdapat kebimbangan peningkatan pengeluaran dari US di masa akan datang.

Penyusutan nilai matawang US Dollar meningkatkan permintaan minyak mentah kerana kos pembelian yang semakin murah bagi pemegang matawang selain US Dollar.

Minyak West Texas intermediate (WTI) ketika ini didagangkan di sekitar $53.64 setong naik dari paras terendah Khamis $52.79, manakala minyak Brent didagangkan pada harga $56.76 semasa artikel ini ditulis naik dari paras terendah $56.01.

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat