Stok Minyak Mentah US Berkurangan Sehingga 10 Juta Tong Minggu Lalu

85

Data simpanan terakhir daripada Institusi Potroleum Amerika (API) pada 19 Julai minggu lepas dilaporkan berkurangan 10.23 juta tong selepas kenaikan 1.63 juta tong minggu lepas.

Berdasarkan laporan minggu lepas, pengurangan terhadap penghasilan minyak di jangka akan berterusan pada minggu ini kepada 3 juta tong lagi.

Laporan daripada EIA, mensasarkan peningkatan minyak mentah US ke paras purata 9.3 juta sehari, 0.5 juta lebih berbanding tahun lepas. Mereka turut menjangka, penghasilan minyak mentah bagi tahun 2018 akan mencapai purata 9.9 juta tong sehari.

Keyakinan terhadap pasaran bekalan minyak mentah Amerika meningkat dan di jangka akan memberi kesan yang baik berikutan kadar pengimbangan yang positif.

Harga minyak meneruskan peningkatannya semalam selepas pengumuman Arab Saudi berkenaan pemotongan pengeluaran eksport minyak Ogos ini. Nigeria turut bersama membantu mengimbangi pasaran minyak dengan menghadkan pengeluaran mereka kepada 1.8 juta tong sehari,

Data bekalan daripada Pentadbiran Informasi Tenaga (EIA) hari (Rabu) ini di jangka akan memberi kesan kepada harga pasaran minyak minggu ini. Laporan mengenai paras pengeluaran akan menjadi tumpuan utama berikutan pasaran di jangka akan cuba melambatkan pertumbuhan pengeluaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat