Strategi Beli Di Akar? Trader ‘Berani Mati’ Ini Borong Pound Pada All-Time-Low

983

‘Siapa yang berani ambil risiko boleh dapat pulangan besar.’

Seorang trader dilaporkan membeli Pound tatkala nilai mata wang tersebut susut ke paras terendah sepanjang zamannya selepas kerajaan pimpinan Liz Truss perkenalkan pemotongan cukai.

Apa yang menarik perhatian, beliau adalah Stephen Diggle, trader yang pernah meraih keuntungan sebanyak $2.7 bilion semasa krisis kewangan global pada 2008, telah menggunakan 10% daripada aset ‘dana kecil’ beliau untuk membeli Pound.

Menurut sumber, Diggle telah membeli Pound bagi membiayai pelaburannya di United Kingdom (UK) terutama kepada syarikat yang mempunyai pendapatan dolar tetapi kos dalam mata wang British.

Sungguhpun begitu, nama syarikat mahupun saiz dana yang dilaburkan tidak didedahkan.

Sebagi rekod, Diggle merupakan pengasas bersama syarikat pelaburan dana Artradis Fun Management Pte Ltd pada 2001.

Menerusi syarikat tersebut, Diggle telah meraih keuntungan dengan memperolehi $2.7 bilion semasa melabur pada tahun 2007-2008 iaitu ketika pasaran tidak menentu.

Selain itu, beliau turut meraih keuntungan ketika krisis Rusia-Ukraine menerusi syarikat baharunya Vulpes Investment Management Pte Ltd yang melabur dalam aset bioteknologi di New Zealand serta firma persenjataan Eropah.

Berbalik kepada cerita asal, rata-rata pelabur telah menjual Pound dan membeli dolar semalam ketika Canselor Perbendaharaan UK Kwasi Kwarteng melaksanakan pemotongan cukai terbesar dalam tempoh 50 tahun yang akan merisikokan kadar inflasi dan hutang kerajaan UK.

Tindakan Kwarteng tersebut telah menyebabkan ramai pelabur menjual Pound untuk membeli safe-haven dolar sebagai persediaan andai berlaku krisis ekonomi di negara pemerintahan Raja Charles III.

Ulas Diggle, pertaruhan kepada Pound bukan peluang trading mata wang terbaik tetapi sebaliknya beliau melakukan sebegitu kerana mempunyai pelaburan di Britian yang perlukan Sterling.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat