SUI & Red Bull Racing Bergabung Tenaga Menerajui Pasaran Kripto!

217

“Adakah harga SUI akan melonjak tinggi pada masa hadapan?”

Protokol blockchain Layer-1 Sui Network berjaya memeterai perjanjian bersama pasukan perlumbaan Formula One (F1), Oracle Red Bull Racing dalam membangunkan pengalaman digital menyeronokkan yang dapat dinikmati oleh peminat di seluruh dunia.

Secara konteks, Oracle Red Bull Racing adalah pasukan F1 yang sangat menonjol apabila baru-baru ini menggunakan bursa mata wang kripto berpangkalan di Singapura Bybit sebagai salah satu penaja utama mereka.

Susulan F1 ialah acara sukan utama yang mengumpulkan penonton di seluruh dunia, Sui Blockchain akan mendapat pelbagai manfaat setelah tercetusnya publisiti protokol secara besar-besaran kepada penonton global.

Selain itu, penggunaan teknologi baharu itu turut akan memberikan pihak F1 kelebihan daya saing ditambah pula dengan Sui Network yang mampu bantu melonjakkannya ke barisan hadapan.

Suka dimaklumkan kerjasama antara Sui Network dan Oracle Bull Run ialah perjanjian berbilang tahun yang akan mempamerkan bagaimana teknologi baru muncul serta inovasi blockchain untuk memupuk interaksi manusia.

Sui Network yang dilancarkan baru-baru ini bermatlamat untuk menawarkan skalabiliti kepada seluruh pasaran kripto, di mana protokol itu disokong oleh Mysten labs iaitu sebuah pasukan teknologi terdiri daripada Alumni Meta.

Bagaimanapun, harga SUI menjunam sebanyak 2.43% pada paras $0.93 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $494 juta seterusnya mencatatkan penurunan sekitar 4.02% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat