Sunyinya Pasaran Hari Ini, Selamat Ke Nak Trade?

1,509

Kemerosotan dalam hasil perbendaharaan AS telah mendorong dagangan matawang US dolar susut lebih rendah di tengah-tengah pergerakan pasaran yang perlahan susulan kebanyakan bank ditutup sempena sambutan Good Friday.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan sekitar harga 92.92.

Hasil bon AS 10 tahun jatuh kira-kira 10 mata asas kepada sekitar paras 1.67% pada sesi Asia hari ini. Kadar penanda aras mencecah paras tertinggi 14 bulan sekitar 1.77% pada hari Selasa.

Penyusutan US dolar turut didorong oleh peningkatan dalam saham global, terutamanya indeks S&P 500 mencecah paras tertinggi sepanjang masa selepas melepasi paras 4,000 untuk pertama kali pada sesi New York sebelum ini.

Kenaikan ini berlaku setelah Biden memperkenalkan rancangan infrastruktur bernilai lebih $2 trilion, yang dilihat akan memacu pemulihan ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kuat daripada dijangkakan.

Sementara itu, pada sesi New York sebelum ini pelabur diperlihatkan dengan data PMI pembuatan AS tinjauan ISM yang melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh 37 tahun dengan peningkatan 64.7 pada bulan Mac dari 60.8.

Bagaimanapun, US dolar gagal memberi reaksi terhadap bacaan memberangsangkan ini, sebaliknya ia disambut baik oleh pasaran saham AS.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada penerbitan data pekerjaan NFP yang akan diterbitkan pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat