Süper! Mr.DIY Kini Buka Cawangan Di Eropah

352

Lepas ni boleh beli barang Malaysia dekat sebelah Hagia Sophia.

Mr.DIY telah membuka cawangan Eropah pertamanya di Turki.

Syarikat peruncit dari Malaysia, yang disebut-sebut sebagai syarikat peruncit tersebar di Asia Tenggara, baru-baru ini telah membuka kedai pertamanya dalam pasaran Eropah yang bertapak di Turki di mana nilai parasannya melebihi 84.34 juta penduduk.

Ini merupakan satu berita berita baik bagi rakyat Malaysia yang suka melihat jenama tempatan berkembang di luar negara. Kedai tersebut telah dibuka di ibu bandar Istanbul yang terkenal sebagai syurga pusat beli belah di Turki.

Kedutaan Turki di Malaysia turut mengucapkan tahniah atas pembukaan cawangan tersebut.

Turki merupakan pasaran ke 9 syarikat tersebut dan kedua diluar Asia Tenggara. Antara cawangannya adalah di Thailand, Brunei, Singapura, Filipina, Kemboja dan India.

Menyusuri kisah permulaan Mr.DIY, ia pertama kali dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Julai 2005. Ia diuruskan secara langsung dan dengan kerjasama peruncit besar dan pemilik pusat beli-belah dengan beroperasi sebagai penyewa utama mini di Lotus’s, Giant, AEON dan AEON BIG.

Mr. DIY menawarkan sebanyak 18,000 jenis produk dalam pelbagai kategori seperti perkakasan, barangan isi rumah, barangan elektrik, perabot, aksesori kereta, alat tulis dan sukan, mainan, hadiah, aksesori komputer serta barang kemas dan kosmetik.

Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai jenis produk pada harga serendah RM2 atau RM5 di bawah sub-jenamanya Mr. DOLLAR dan Mr.TOY bagi barangan permainan pada harga berpatutuan.

Mr. DIY telah membuat debutnya dalam pasaran utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada Oktober 2020 dan berdasarkan harga terbitan RM1.60 per saham pada ketika itu dengan permodalan pasarannya bernilai RM10 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat