Supply & Demand BTC Berbeza 20%, Harga Pecut Ke $64,234!

521

“Hmm agak-agak harga BTC boleh ke tembus $69K sebelum halving?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada pembukaan pasaran sesi Asia pada pagi ini mengukuh sehingga $64,234 apabila data kini menunjukkan terdapat perbezaan 20% antara bekalan dan permintaan BTC dalam pasaran.

Menerusi pemerhatian, data mempamerkan permintaan BTC pada masa ini adalah 30,000 tetapi ketersediaannya hanya 6,000, jadi di sini dapat dilihat pelabur berkemungkinan besar perlu bayar astronomical price* bagi beli BTC.

*Kos yang sangat tinggi atau mahal

Pada minggu lalu, BTC telah melihat permintaan melampau di mana penyumbang besar pada permintaan adalah spot BTC ETF dan sekiranya krisis bekalan semasa berterusan, harga BTC mampu mendaki lebih tinggi.

Memang tidak dinafikan faktor lain seperti trajektori kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dan acara halving BTC adalah pendorong untuk harganya bullish, tetapi kenaikan boleh terjejas memandangkan sifat dagangan yang tidak menentu dalam pasaran kripto.

Menurut data SoSoValue, pengeluaran bersih $139 juta daripada spot BTC ETF pada Jumaat lepas adalah yang pertama dalam tujuh hari dagangan susulan aliran keluar bersih $492 juta berlaku dalam satu hari untuk Grayscale ETF (GBTC) dan BlackRock ETF (IBIT) pula $202 juta.

$202 juta dimasukkan ke dalam IBIT mewakili penurunan ketara berbanding aliran masuk terkini, di mana aliran masuk bersihnya susulan daripada kemasukan terbaru adalah melebihi $7.95 bilion dengan pegangan asetnya naik lebih $10.5 bilion.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC merudum semula sedikit 2.48% pada paras $63,445 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 23.11% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat