Susulan Kenyataan Mahkamah Jerman, EUR/USD Catat Penurunan 100 Pips

827

Matawang Euro pada dagangan Selasa semalam mempamerkan prestasi terburuk dagangan berbanding matawang utama yang lain.

Bergerak mendatar pada sesi Asia, Euro mula memberi reaksi yang lemah terhadap kenyataan Mahkamah Jerman yang memutuskan sebahagian skim pembelian bon oleh bank pusat Eropah adalah menyalahi perlembagaan.

Laporan tersebut melihatkan reaksi negatif pelabur terhadap Euro dengan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mencatatkan penurunan harian sehingga 100 pips lebih rendah.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta EUR/USD semalam, setelah bergerak mendatar sepanjang sesi Asia di sekitar paras 1.0900, harga membuat kenaikan ke paras 1.0924 sebelum menjunam 100 pips mencecah paras 1.0824 di zon RBS (resistance become support).

Kenaikan harga dipamerkan semula pada awal sesi pasaran New York bermula, namun harga kembali ditekan semula selepas US dolar kembali mengukuh susulan data ekonomi Amerika Syarikat diterbitkan.

Data PMI perkhidmatan tinjauan ISM mencatatkan bacaan lebih baik berbanding jangkaan penurunan walaupun sedikit rendah berbanding bacaan sebelumnya.

Seterusnya, pergerakan harga kembali mendatar sehingga bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini.

Jika kenaikan harga berlaku, harga dilihat akan menuju semula zon SBR (support become resistance) di sekitar paras 1.0900. Paras halangan Moving Average 50 (MA50) juga akan diuji pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD.

Kenaikan lebih tinggi akan kembali menuju zon resistance pada ketinggian sekitar 1.1000 yang dicapai minggu lalu.

Sebaliknya jika harga terus menyambung penurunan, harga dilihat akan menuju zon support di paras sekitar 1.07300.

Pelabur akan meneliti data-data ekonomi zon Eropah hari ini dan juga data pertambahan pekerjaan AD NFP Amerika Syarikat yang akan memberi isyarat untuk data pekerjaan NFP Jumaat nanti.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat