Swiss Nasional Bank (SNB) Enggan Naikkan Kadar!

41

Ahli Lembaga Pengelola SNB, Andrea Maechler berkata pada Rabu bahawa Swiss National Bank tidak boleh mengetatkan dasar monetari, mendahului negara-negara lain.

Ketidaktentuan global yang berlaku buat masa ini memaksa kadar faedah berterusan diletakkan pada tahap yang agak rendah.

Memetik kenyataan beliau, selagi ekonomi global masih meletakkan kadar pada tahap yang rendah, SNB juga tidak mudah untuk menaikkan kadar memandangkan Swiss adalah sebuah ekonomi yang kecil.

Tambah beliau lagi, inflasi masih berada pada tahap yang rendah disamping prospek yang rapuh terhadap kenaikan harga. Justeru, penggubal dasar akan menilai sama ada ingin menaikkan kadar atau mengekalkan kadar semasa pada paras yang sama.

SNB juga dikatakan akan kekal campur tangan di dalam pasaran kewangan bagi menangani tekanan kenaikan yang berlebihan terhadap matawang franc.

Harga pengguna dilaporkan meningkat sebanyak 0.6 peratus berbanding setahun yang lalu pada bulan Februari. Angka ini juga menunjukkan peningkatan melebihi 0.5 peratus berbanding bulan sebelumnya. SNB meletakkan ramalan inflasi sebanyak 0.3 peratus pada tahun 2017 dan pada julat yang agak rendah sekitar 0 hingga 2 peratus.

Sesi Asia Menyaksikan Pengunduran Emas Ke Paras Terendah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat