Sesi Asia Menyaksikan Pengunduran Emas Ke Paras Terendah

36

Harga emas menjunam dalam sesi Asia pada Rabu menjelang langkah formal yang akan dimulakan oleh kerajaan Britain sebelum berpecah daripada Kesatuan Eropah, lewat hari ini. Detik bersejarah ini akan menyaksikan Perdana Menteri, Theresa May menggariskan beberapa syarat sebelum melangkah keluar daripada blok berkenaan.

Emas bagi penghantaran April di Comex menjunam sebanyak 0.49 peratus kepada $1,249.50 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, niaga silver futures menurun sebanyak 0.77 peratus, manakala copper kali terakhir dinilai pada $2,670 Pound.

Semalam, emas memasuki dagangan yang agak stabil, namun kekal berlegar di paras tertinggi dalam sebulan meskipun data ekonomi dikeluarkan agak positif disamping komen-komen yang dikeluarkan oleh kebanyakan pegawai Fed.

Presiden Fed Chicago, Charles Evans, Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan sebelum ini mencadangkan bahawa bank pusat AS akan meneruskan kitaran pengetatan monetari.

Emas merupakan komoditi yang sensitif terhadap pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat kerana sebarang pergerakan kadar berupaya mengubah kos untuk memiliki emas.

Gangguan Bekalan di Libya Merupakan Antara Punca Pengukuhan Minyak Mentah Global!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat