Syabas! Chainlink Akhirnya Kalahkan Dogecoin!

487

“Bagi la peluang LINK pula jadi top 10, DOGE pun macam makin membosankan la pula kan?”

Chainlink (LINK) berjaya menewaskan Dogecoin (DOGE) bagi menjadi mata wang kripto ke-10 terbesar mengikut modal pasaran apabila harganya menggunung sehingga $20.85 pada 12 Februari 2024 sebelum merosot semula sedikit.

Pendakian harga LINK tercetus disebabkan aktiviti rangkaian dan jumlah dagangan yang mengalami peningkatan termasuk kenaikan dalam address aktif serta baharu ditambah pula terdapat aktiviti rangkaiannya yang mencapai kemuncak 22 bulan.

Menerusi pemerhatian, address aktif LINK telah mencanak daripada 2,800 kepada 3,210 pada 10 Februari 2024 manakala bilangan address baharu pula raih 1,020 daripada 808 dalam tempoh yang sama.

Suka dimaklumkan juga Eigenpie mengumumkan penyepaduan LINK CCIP merentas Arbitrum (ARB) dan Ethereum (ETH) sementara Paxos menggunakan harga USD PayPal baharu LINK dan Umami DAO  telah menyepadukan LINK Data Streams pada ARB.

Whales pula telah memindahkan 245,000 LINK bernilai $4.9 juta pada Binance kemudian whales sama yang memiliki wallet berlabel “0x2a1” mengambil 495,057 LINK berharga $7.5 juta daripada bursa kripto itu antara 28 Januari dan 7 Februari 2024.

Sungguhpun wallet tersebut masih menyimpan 250,000 LINK bernilai $5 juta, pengedaran semula token dan menghantarnya ke bursa kripto boleh menandakan matlamatnya yang ingin menjual sejumlah besar LINK itu pada harga semasa.

Menurut penganalisis terkemuka Rekt Capital, harga LINK mungkin akan melakukan pullback terlebih dahulu pada $19 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi sehingga $25 ataupun lebih lagi.

Setakat penulisan ini, harga LINK yang didagangkan pada paras $20.03 masih mencatatkan penyusutan 1.04% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $11 bilion, tetapi tetap raih 9.32% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat