Syarikat Gergasi China Huawei Bergabung Dalam Pertubuhan Kerajaan Yang Berorientasikan Blockchain!

564

Syarikat-syarikat gergasi China dalam teknologi utama dilaporkan telah menjalin kerjasama melalui perwujudan jawatankuasa komuniti yang menumpukan pada pembentukan piawaian untuk teknologi blockchain.

Langkah itu adalah sebahagian daripada dorongan besar daripada pemerintah China dimana Presiden Xi Jinping telah memeberi ucapan bahawa beliau menggalakkan negara China agar merebut peluang yang terdapat dalam teknologi blockchain.

Antara syarikat yang bergabung dalam jawatankuasa komuniti tersebut ialah syarikat gergasi e-dagang, JD.com, pengeluar peralatan telekomunikasi Huawei, Baidu, Tencent, WeChat dan lain-lain lagi. Ant Financial yang bekerjasama bersama Alibaba juga turut terlibat bersama sejumlah ahli akademik.

Kumpulan ini telah dinobatkan sebagai “Jawatankuasa Teknikal Perakaunan Dan Piawaian Teknologi Blockchain Negara”. Walaubagaimanapun, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, yang mengumumkan senarai nama organisasi terlibat tidak menyatakan dengan rinci apakah peranan yang akan dimainkan oleh jawatankuasa tersebut. Namun, jawatankuasa itu akan mengendalikan kerja-kerja teknikal berkenaan teknologi Blockchain dan teknologi Lejar Teragih (DLT
Blockchian

Blockchain merupakan sistem penyimpanan data digital berisikan catatan yang terhubung melalui kriptografi. Kini, Blockchain merupakan sebahagaian daripada trend pendigitalan yang semakin meluas di seluruh dunia dan ia merupakan teknologi yang diperhatikan oleh kebanyakkan sektor perniagaan.

Harga Bitcoin kini didagangkan pada paras harga $6,733.96 seunit

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat