Tak Bertenaga, Emas Kekal Terperuk Di Paras Terlemah!

1,786

Emas terus didagangkan suram pada paras terendah hampir dua bulan di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik susulan penyelesaian dalam isu siling hutang Amerika Syarikat.

Permulaan dagangan awal minggu melihatkan logam berharga itu bergerak perlahan pada $1,944 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,962 per auns.

Jumaat lalu, harga emas kembali ditolak jatuh ke paras terendah selepas data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) AS menunjukkan peningkatan pada bulan April.

Ia secara tidak langsung kembali menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah pada mesyuarat dasar bulan Jun.

Sementara itu pada hujung minggu, Presiden Joe Biden dan anggota tertinggi Republikan akhirnya mencapai kesepakatan dalam isu siling hutang.

Walaupun masih perlu berdepan dengan undian daripada Kongres, tetapi kemajuan tersebut cukup memberi kelegaan buat pasaran yang bimbang AS akan mengalami default.

Dengan kebanyakan bank ditutup di AS dan Eropah sempena cuti umum pada hari ini, pergerakan pasaran dijangka kekal terhad ditambah pula dengan penutupan pasaran bon.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat