Tak Kisahlah USD Disekat, China Rileks Je Bayar Import Rusia Guna Yuan

11,032

Arang batu dan minyak Rusia yang dibayar dalam mata wang yuan akan mula tiba di China ketika kedua-dua negara itu cuba untuk mengekalkan perdagangan tenaga mereka dalam menghadapi kemarahan dunia yang semakin meningkat terhadap pencerobohan Ukraine.

Beberapa firma China menggunakan mata wang tempatan untuk membeli arang batu Rusia pada Mac, dan kargo pertama akan tiba pada bulan ini, kata perunding China Fenwei Energy Information Service Co.

Ini akan menjadi penghantaran komoditi pertama yang dibayar dalam yuan sejak Amerika Syarikat dan Eropah menghukum Rusia dan menyekat beberapa banknya daripada sistem kewangan antarabangsa.

Rusia adalah pembekal arang batu kedua terbesar China pada tahun lalu yang telah mengisi kekurangan yang disebabkan oleh perbalahan antara Beijing dan Australia sehingga memberi impak kepada perdagangan dua hala.

Sementara itu, penjual minyak mentah Rusia juga menawarkan untuk memberi kelonggaran kepada ekonomi kedua terbesar dunia itu membayar menggunakan yuan, di mana kargo pertama gred ESPO yang dibeli dengan mata wang China akan dihantar kepada penapis bebas pada bulan Mei.

China telah lama bergelut dengan penguasaan dolar AS dalam perdagangan global dan pengaruh politik yang diberikannya kepada Amerika.

Bagaimanapun, penggunaan yuan dilihat tidak akan menimbulkan cabaran serius kepada penguasaan dolar AS memandangkan jurangnya yang terlalu besar. Mata wang AS digunakan untuk 88% daripada urus niaga pertukaran asing pada 2019, berbanding 4.3% untuk yuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat