Tak Main-Main, BlackRock Dah Sedia Bangkitkan BTC!

731

“Hmm korang rasa strategi BlackRock akan menjadi atau tidak?

Pemberita Roundtable Rob Nelson dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Chain Alex Mascioli baru-baru ini membincangkan tentang firma gergasi kewangan BlackRock yang sedang membentuk semula dinamik pasaran mata wang kripto.

Memang tidak dinafikan Nelson telah meragu skala pelaburan oleh BlackRock, tetapi beliau mula berpandangan penglibatan firma itu dalam spot Bitcoin (BTC) ETF adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang yang lebih besar.

Rentetan permintaan dalam pelaburan meningkat $3 bilion, pendakian tersebut telah menimbulkan persoalan berhubung potensi kekangan kapasiti dalam pasaran BTC yang boleh menyebabkan kekurangan BTC tersedia jika pembelian berskala besar diteruskan.

Jadi di sini dapat dilihat aliran masuk modal besar-besaran boleh memberi kesan pada BTC susulan Nelson berkata peningkatan dalam pelaburan pasti akan menaikkan harganya untuk mengimbangi bekalan dan permintaan.

Perspektif itu sejajar dengan sentimen umum yang berpendapat bahawa penglibatan BlackRock atau institusi kewangan utama lain dapat membawa pada penggunaan kripto lebih luas dalam kewangan tradisional.

Sungguhpun pelbagai pengeluar seperti Bitwise, Hashdex dan VanEck melancarkan kempen untuk menarik perhatian ramai orang, pendekatan BlackRock serta Fidelity Investments menandakan peralihan ke arah naratif pelaburan lebih tradisional yang berpotensi bawa penerimaan BTC lebih meluas.

Hal ini kerana pendekatan pemasaran BlackRock untuk iShares Bitcoin Trust ETF (IBIT) terserlah apabila kempennya menyasarkan khalayak lebih matang daripada penerbit lain yang sering menggunakan imejan yang merujuk budaya pop.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC masih mencatatkan junaman sebanyak 1.29% pada paras $42,542 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $833 bilion kemudian susut 8.75% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat