Tak Menentu, Ke Mana Arah Harga EUR/USD Nak Tuju?

284

Pergerakan pasaran yang agak bercampur pada Rabu semalam membuatkan trader mula berjaga-jaga untuk tidak terlalu agresif menuju dagangan penghujung minggu ini.

US dolar dilihat memaparkan pengukuhan semalam apabila disokong oleh peningkatan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) sebelum melemah semula pada sesi New York.

Jika meneliti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan pada Selasa tidak dapat diteruskan ke paras 1.1000 apabila harga ditekan semula untuk surut ke sekitar 1.09200.

Mata wang Euro tidak memberikan reaksi ketika data bacaan akhir inflasi Eropah diterbitkan di sesi Eropah semalam susulan tiada perubahan pada angka bacaan terdahulu.

Setelah membuat penurunan di sesi Eropah, harga melantun semula di sesi New York sebelum menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.09500.

Pergerakan harga yang menguji paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sejak semalam turut membuatkan pelabur berwaspada menantikan isyarat lebih jelas bagi jangkaan pergerakan selanjutnya.

Jika harga junam lebih rendah, zon 1.09000 dilihat akan diuji dan akan diperhatikan sama ada mampukah menyokong harga daripada jatuh ke bawah.

Jika tembus, harga bakal menyambung penurunan lanjut menuju zon tumpuan yang berada pada 1.08000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak dan kemudiannya menembusi paras 1.10000, akan menjadi petanda positif bagi pelabur menjangkakan kenaikan akan diteruskan semula untuk menuju ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.10700.

Dan jika pergerakan harga kekal bullish, paras ketinggian terbaru berkemungkinan mampu dicatatkan dengan sasaran seterusnya adalah pada sekitar 1.12000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat