Tak Sempat Capai $1.0800, EUR/USD ‘Kendur’ Semula

211

Pemulihan semula US dolar pada dagangan Khamis semalam mengubah corak pergerakan harga pada carta-carta utama.

Data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam dengan angka yang lebih rendah memberi isyarat positif sebagai salah satu komponen dalam data pekerjaan.

Selain itu, kenyataan-kenyataan yang disampaikan oleh ahli-ahli penggubal dasar Federal Reserve (Fed) dilihat tidak tergesa-gesa untuk membuat pemotongan kadar faedah dalam kadar segera.

Justeru, penganalisis kekal menjangkakan US dolar akan terus memiliki kelebihan dalam pasaran ketika ini.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat dilihat kenaikan harga sebelum ini gagal untuk menyentuh paras 1.08000 sebelum mula paparkan penurunan semula semalam.

Harga susut ke sekitar paras 1.07420 melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish.

Namun, lantunan semula harga berlaku menuju penutup penghujung sesi New York sebelum harga mendatar sekitar paras 1.07750 sehingga ke awal sesi Asia pagi Jumaat ini.

Kenaikan harga jika berjaya diteruskan bakal menguji zon SBR (support become resistance) 1.08000 yang dijangkakan sebelum ini.

Tembus lebih tinggi akan melihatkan pergerakan bullish harga untuk menuju pula sasaran pada zon 1.09000.

Sebaliknya jika membuat terjunan ke bawah pada dagangan sesi-sesi akhir minggu ini, paras yang dicecah semalam akan diatasi sebelum harga ke paras yang dicecah awal minggu sekitar 1.07230.

Penurunan lebih rendah bakal menguji zon support 1.07000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 12 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat