Tamatkan Penguasaan USD, Buat Mata wang Baru!- Presiden Brazil

779

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyuarakan semula gesaan untuk menamatkan dominasi dolar Amerika dalam perdagangan antarabangsa.

Secara khusus, Da Silva menyeru negara-negara membangun untuk mencari mata wang alternatif kepada raja mata wang itu.

Kenyataan tersebut dibuat ketika lawatan negara ke China minggu ini, memberikan satu lagi suara kepada retorik pengurangan dolar yang semakin meningkat daripada pemimpin negara BRICS.

BRICS terdiri daripada negara Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Dengan mempersoalkan kenapa BRICS tidak boleh melakukan perdagangan berdasarkan mata wang sendiri, Da Silva menggesa negara-negara itu untuk mewujudkan mata wang bersama yang boleh digunakan mereka.

Ini bukan pertama kali Brazil menyatakan idea tersebut kerana pada tahun lepas BRICS telah mempertimbangkan untuk mewujudkan mata wang haru.

Idea itu tercetus daripada usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS yang terbukti merugikan, lebih-lebih lagi selepas Rusia disekat untuk menggunakannya berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Pendirian Da Silva juga dilihat mewakili hubungan yang semakin erat antara China dan Brazil, di mana negara itu baru-baru ini bersetuju untuk menggunakan yuan dalam transaksi rentas sempadan dengan Beijing.

Bagaimanapun, tidak mudah untuk ‘membuang’ dolar AS memandangkan peranannya yang besar dalam pasaran komoditi dan industri yang Brazil banyak terlibat.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat