Tanda-Tanda OPR Boleh Dinaikkan, Data Jualan Runcit Malaysia Canak 37.5%!

1,608

‘Amboi, rancaknya berbelanja rakyat Malaysia oii.’

Data jualan runcit tahunan Malaysia untuk bulan Julai 2022 berkembang 37.7% namun menurun sedikit dari 38.4% pada bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, catatan tersebut menandakan peningkatan buat 10 bulan berturut-turut selepas pemulihan sekatan Covid-19 memberi impak ke atas pengguna.

Pada asas bulanan pula, dagangan runcit dilihat meningkat 0.7% pada Julai berbanding 0.4% pada Jun.

Rincian keseluruhan data adalah seperti berikut:

  • Jualan kedai bukan khusus naik 39.1% berbanding 38.4%.
  • Jualan kedai khusus tambah 47.1% berbanding 44.3%.
  • Jualan peralatan isu rumah lain-lain canak 28.8% berbanding 28.5%.
  • Jualan borong capai 20.6% berbanding 19.3%.
  • Jualan kenderaan bermotor turun 613.8% berbanding 1,642.8%.

Dalam pada itu, pengukuhan data jualan runcit tersebut menandakan ekonomi negara berkembang dengan baik maka ia juga boleh memberi peluang kepada kenaikan kadar semalaman (OPR) negara.

Suka diingatkan bahawa OPR negara telah dinaikkan kepada 2.5% pada 8 September lalu selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menetapi unjuran 25 mata asas.

Situasi ini serupa dengan keadaan di Amerika Syarikat (AS), di mana data ekonomi yang kukuh di sebalik inflasi memuncak membolehkan Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedahnya.

Terbaharu, Pengerusi Jerome Powell dengan tegas menzahirkan nada hawkish untuk kenaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat