“Betul kita kena la sentiasa jujur kalau tak nak kena tuduh macam-macam.”
Didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple (XRP) Brad Garlinghouse, laporan kewangan suku keduanya dapat berubah daripada biasa apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) menggunakan laporannya itu dalam tuntutan mahkamah.
Sebagai tanda ketelusan, XRP secara sukarela telah mengeluarkan laporan suku keduanya untuk mendedahkan jumlah XRP dipegang syarikatnya tetapi perlu diingatkan laporan itu dapat berubah dalam format lain pada masa hadapan.
Umum mengetahui mahkamah yang memutuskan untuk memihak kepada XRP apabila Hakim Analisa Torres mengisytiharkan aset digital tersebut bukanlah sekuriti adalah satu kemenangan besar bagi seluruh pasaran mata wang kripto.
Menerusi laporan suku kedua XRP, tuntutan mahkamah SEC pada tahun 2020 telah menyababkan para pelabur berpusu-pusu jual aset digital itu sehingga membawa kerugian $15 bilion dalam modal pasaran dengan mengorbankan pemegang Amerika Syarikat (AS).
Jadi di sini dapat dilihat bahawa pegangan XRP pada penghujung suku kedua 2023 yang berakhir pada 30 Jun 2023 adalah lebih lima juta manakala jumlah XRP pada escrow ledger* dikurangkan daripada 400 ribu kepada 41 ribu pada laporan suku kedua itu.
*Rekod disimpan untuk tujuan perakaunan untuk menunjukkan penerimaan dan pengeluaran sebenar setiap hari serta menentukan dana yang tersedia dalam fail tertentu pada bila-bila masa
Memang tidak dinafikan XRP boleh mengubah format laporannya, tetapi Deaton sungguh percaya ketelusan syarikat dapat menyelamatkannya daripada menghadapi tuduhan penipuan dan manipulasi.
Deaton turut menyatakan XRP menerbitkan laporan suku keduanya walaupun mereka tidak diwajibkan sebagai syarikat persendirian, tetapi firma lain menyembunyikan jualan token dan sengaja menyamarkan transaksi itu.
Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 2.41% pada paras $0.68 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $36 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan sekitar 3.91% sepanjang minggu lepas.