Tanpa Diduga GDP US Bertumbuh Lebih Pantas, Ini Apa Yang Terjadi Pada US Dolar!

849

Ekonomi Amerika Syarikat dilaporkan bertumbuh lebih pantas daripada yang diperkirakan pada suku ketiga, namun momentum pertumbuhan dilihat telah perlahan berikutan kos pinjaman yang lebih tinggi memberi impak pada gaji dan perbelanjaan.

Keluasan Dalam Negara Kasar (GDP/KDNK) meningkat pada kadar tahunan 5.2%  bagi suku lepas, dinilai naik dari kadar 4.9% yang dilaporkan sebelum ini. Angka ini adalah berdasarkan laporan terkini daripada Jabatan Perdagangan, Biro Analisis Ekonomi. Ini merupakan kadar pertumbuhan terpantas sejak suku keempat tahun 2021.

Pakar ekonomi telah menjangkakan pertumbuhan GDP akan dinilai ke kadar 5.0%. Ekonomi berkembang pada kadar 2.1% pada suku April-Jun dan berkembang pada kadar yang jauh melebihi kadar pertumbuhan yang Federal Reserve nilai pada sekitar 1.8%.

Peningkatan ke atas untuk pertumbuhan suku lepas menggambarkan peningkatan untuk pelaburan perniagaan serta perbelanjaan kerajaan negara dan negeri. Pelaburan kediaman juga dinilai menaik termasuk dengan pelaburan inventori swasta. Pertumbuhan dalam perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih dari dua pertiga aktiviti ekonomi AS, telah diturunkan walaupun kepada kadar 3.6% yang tetap kukuh.

Indeks US dolar meneruskan pengukuhan dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 0.22% kepada paras dagangan 102.882.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat