Tarif Ke Atas China Akan Dikekalkan! – Janet Yellen

274

Amerika Syarikat akan mengekalkan tarif yang dikenakan ke atas barangan China oleh bekas pentadbiran Trump buat masa ini, kata Setiausa Perbendaharaan Janet Yellen kepada CNBC pada hari Khamis.

Walau bagaimanapun, tambah Yellen lagi, kerajaan akan membuat penilaian apa yang dirasakan sesuai dan bagaimana untuk meneruskannya setelah kajian menyeluruh dilakukan.

Apabila ditanya sama ada tarif yang dikenakan sebelum ini berfungsi atau tidak, Yellen kelihatan teragak-agak, sebelum mengatakan bahawa mereka akan melihatnya, lapor CNBC.

White House pada bulan lalu mengatakan akan mengkaji semua langkah keselamatan negara yang dilaksanakan oleh mantan Presiden Donald Trump, termasuk perjanjian perdagangan fasa 1 dengan Beijing.

Kesepakatan itu telah meredakan ketegangan antara dua ekonomi terbesar di dunia setelah perang perdagangan yang memberi kesan kepada ekonomi dan ramai pihak.

China berjanji akan membeli tambahan barang dan perkhidmatan $200 bilion selama dua tahun di bawah perjanjian fasa 1 yang ditandatangani oleh Trump pada Januari 2020, namun disebabkan krisis pandemik yang melanda, setakat ini Beijing dilihat masih jauh lagi daripada mencapai sasarannya untuk tahun lalu.

Sementara itu, Janet Yelen turut berbicara mengenai langkah rangsangan $1.9 trilion oleh pentadbiran Joe Biden, dengan mengatakan jika dilancarkan, ia dapat membantu Amerika kembali ke sasaran pekerjaan penuh satu tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat