Tekanan Dari UK Gagalkan GBP/USD Untuk Papar Kenaikan

339

Matawang Pound terus mengalami kedukaan setelah terdapat satu kes kematian yang berkait dengan varian Omicron di UK yang sama sekali terus membebankan sentimen pasaran dan kepada nilai Pound.

Akibat itu mungkin bakal memberi impak besar kepada Pound serta membantutkan prospek kenaikan kadar faedah Bank of England (BOE) menjelang mesyuarat yang akan diadakan pada minggu ini.

Sebelum menantikan keputusan mesyuarat FOMC, pelabur dijangka akan menilai terlebih dahulu kepada laporan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini.

Tampaknya pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD tidak berupaya untuk mendaki lebih gah setelah harga mempamer semula penyusutan di awal minggu untuk mencecah zon sokongan 1.32000 dengan penurunan harian sekitar 70 pips semalam.

Bukan itu sahaja, harga juga dilihat telah kembali menguji trendline resistance selepas trend kenaikan harga yang ingin diterjemahkan seakan gagal untuk dikekalkan dengan harga terus menerima tekanan.

Keadaan ini tentunya turut boleh dikatakan seperti harga sedang memberi petunjuk awal perubahan trend bullish susulan harga telah didagangkan di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Hal berkenaan sama sekali berkemungkinan akan mendorong pelabur untuk menyaksikan pergerakan harga berupaya kembali mencecah sehingga ke paras terendah sejak Disember 2020 sekitar 1.31600.

Tekanan yang lebih agresif pula dijangka bakal mempengaruhi harga menjejaki zon sokongan 1.31000 dan secara tidak langsung akan mempengaruhi harga mencipta paras terendah yang baharu sekali lagi.

Namun andai kata pergerakan harga kembali meneruskan trend kenaikan yang diterjemahkan itu, zon SBR (support become resistance) 1.33000 akan kekal menjadi tumpuan utama untuk kembali dicapai.

Kenaikan dalam menampilkan isyarat yang lebih jelas lagi kepada trend bullish akan menyokong harga mencapai zon SBR berikutnya yang diperhatikan pada 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat