Tekanan Kepada Euro Sejak Isnin Berikutan Risiko Politik di Itali

421

Matawang Euro tertekan pada Isnin disebabkan ketidaktentuan bajet kerajaan Itali. Terbaru bajet populis itu dikritik oleh Suruhanjaya Eropah kerana bimbang dengan paras hutang semasa di negara Itali yang akan semakin bertambah.

Kerajaan populis Itali memberi respon kepada kritikan Kesatuan Eropah (EU) dengan menyatakan ikrar untuk meneruskan kenaikan bajet.

Perdana Menteri Giuseppe Conte berkata kepada wartawan pada Isnin bahawa kerajaan itali menghormati had defisit yang ditetapkan EU, selepas kerajaan campuran menghantar surat kepada pegawai EU di Brussels.

“Kadar 2.4% (defisit kepada GDP pada 2019) adalah siling yang benar-benar kami hormati,” kata Conte.

“Terdapat kebarangkalian untuk kami tidak mencapainya, tetapi ia jelas kami tidak akan melebihi had itu.”

Spekulasi bertiup kencang bahawa Suruhanjaya Eropah berkemungkinan mengarahkan untuk Itali merancang semula bajetnya pada Selasa.

Defisit bajet Itali tidaklah begitu bermasalah kerana sebelum ini bajet ditetapkan di bawah had 3% daripada GDP sejak 2015 dan 2018 ia sepatutnya pada kadar 1.7%.

Tetapi pada 3 Oktober ‘bajet rakyat’ yang dibuat oleh kerajaan baru Itali telah memberi ketidaktentuan kepada pasaran dan Brussels sendiri apabila ia mahu menaikkan perbelanjaan keseluruhan, dan mengunjurkan defisit 2.4% kepada GDP pada tahun 2019.

Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan hutang yang sedia ada tinggi semakin meningkat kepada 130% berbanding GDP jauh melebihi siling 60% yang ditetapkan EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat