Telekom Malaysia Parah Susulan Tindakan SKMM!

2,264

Bukan permulaan yang baik untuk Telekom Malaysia Bhd (TM) selepas ia menjadi saham yang paling rugi dalam pembukaan dagangan hari Isnin.

Ini susulan pengumuman terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memotong bayaran yang diterima daripada syarikat telekomunikasi lain bagi infrastruktur jalur lebarnya.

Pada Khamis lalu, penetapan mengenai Standard Mandatori pada Harga Akses (MSAP) telah dikeluarkan SKMM yang melihatkan pemotongan harga akses kepada infrastruktur gentian seluruh negara sebanyak 51%-65%.

Walau bagaimanapun, kos untuk pemasangan dinaikkan dan caj port unit penamatan pula kekal. Harga akses baharu tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac dan sah sehingga 31 Disember 2025.

Impaknya, saham TM junam 28 sen atau 5.42% kepada paras terendah RM4.89, sebelum mengurangkan kerugiannya kepada RM4.96 pada sesi petang dagangan (3.00 petang), dengan nilai pasaran RM18.92 bilion.

Penganalisis RHB Investment Bank melihat pengurangan ini boleh menjejaskan segmen jalur lebar gentian Telekom, yang menyumbang kira-kira 36% daripada hasil syarikat dan memperbaharui persaingan harga runcit di seluruh industri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat