Teliti Minit RBA, Bank Pusat Bersedia Untuk Pelonggaran Selanjutnya

290

Mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada awal Mac menyaksikan kadar faedah diturunkan sebanyak 25 mata asas ke paras terendah terbaru iaitu 0.50% daripada 0.75% untuk menyokong ekonomi yang terkesan akibat penularan pandemik coronavirus.

Dolar Aussie kekal diniagakan lemah di paras terendah berbanding USD berikutan laporan minit mesyuarat RBA yang diterbitkan pagi tadi memperlihatkan penggubal dasar bersedia untuk pelonggaran selanjutnya bagi menyokong ekonomi Australia.

Ketika mempertimbangkan keputusan dasar, ahli mesyuarat mendapati bahawa ia menjadi semakin jelas bahawa COVID-19 akan menyebabkan gangguan besar kepada aktiviti ekonomi di seluruh dunia.

Sehubungan itu, RBA bersetuju mengenai kepentingan untuk terus berinteraksi bagi menilai kesan coronavirus, memandangkan wabak pandemik tersebut sedang merebak dengan cepat di negara itu.

Ini menunjukkan bahawa mereka akan mempertimbangkan keputusan untuk bertindak sebelum mesyuarat polisi yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 April ini.

Selain itu, RBA berpendapat bahawa penurunan kadar faedah di bawah paras 0.25% akan menjadi produktif, tetapi hasil yang menarik akan mengurangkan kos pinjaman yang lebih rendah dalam ekonomi.

Ahli mesyuarat juga mengalu-alukan tindakan tambahan oleh kerajaan terhadap rangsangan fiskal untuk digabungkan dengan tindak balas polisi bagi membantu ekonomi.

Kesan coronavirus terhadap sektor pendidikan dan pelancongan sahaja dijangka akan menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia sebanyak 0.5% pada suku pertama tahun ini, menurut RBA.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat